BUKTI AYAT AL-QURAN ADALAH KALAM ALLAH..

Al-quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw, kita sebagai umatnya hendaklah beramal dengannya.
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran.
Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali
MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali
HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali
FAEDAH – 50kali
KERUGIAN – 50 kali
UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali
BALA/MUSIBAH – 75kali
BERSYUKUR – 75 kali
BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali
ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali
MUSLIMIN – 41kali
JIHAD – 41 kali
EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali
KEAJAIBAN – 60kali
FITNAH – 60 kali                                                               
ZAKAT – 32kali
BERKAT – 32 kali
MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali
LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali
NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali
KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali
MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali
LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali
BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali
LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 =
28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Masih ragu-ragu? Masuk sini untuk kajian saintis mengenai peratus laut dan darat dari kajian manusia. Sesungguhnya Al-Quran itu benar dan diwahyukan oleh Allah kepada Rasullulah untuk menjadi pedoman umat Islam.
Begitulah kebesaran dan keagungan Allah SWT!!

BACA AL-QURAN TU...ALLAHUAKBAR..


Baca Al-Quran tu..
Baca...ALLAHUAKBAR...
Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan...

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca



Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca



ALLAH..ALLAH..indahnya kalamMU..
ALLAHUAKBAR...


( terima kasih banyak kepada Ustaz Abdul Aziz Ismail Nuh,
atas kebenaran kepada saya utk menerbitkan puisi di atas..)
aku tidak tahu..


aku kan tidak tahu
kerana itu aku bertanya..
jawapan yang ku terima
sekejap itu sekejap ini
menjadikan aku lebih tidak tahu...

aku kan tidak tahu
kerana aku manusia seperti kamu juga
mungkin apa yang aku tahu 
tapi engkau tidak tahu
aku boleh ajarkan..InsyaALLAH..
tapi kini aku benar-benar tidak tahu..
kerana itu aku bertanya..
pertanyaanku tulus..
kerana kejahilanku
kerana aku tidak tahu..

jadi..
tolong ajarkan apa yang aku tidak tahu..
dan bila aku bertanya...
tolong jawab dengan ikhlas..
jangan pula bertanya aku semula
kerana..
pertanyaanmu akan membuatkan aku lebih tidak tahu..
ALLAH..ALLAH...kau kurniakanlah kepada ku
'Pembantu' di dunia ini yang boleh 'membantu' aku
di Akhirat kelak...
Amiin..amiin Ya ALLAH..
MENGAPA PERLU SOMBONG..??


Assalamualaikum wbt...Salam HIJRAH kepada pembaca budiman..Alhamdulillah saya boleh menulis lagi pada hari ini..InsyaALLAH apa yang hendak saya perkatakan pada hari ini adalah perihal salah satu penyakit hati kita iaitu penyakit 'sombong' Nauzubillah Minzallik..Jadi ayuh sama-sama kita muhasabah diri kita dengan menghindarkan sifat terkeji ini terus bertakhta di hati kita...yang pastinya hanya pada PENCIPTA kita, kita memohon agar dijauhkan dari sifat sombong...

Pembaca yang saya kasihi...Nabi SAW sangat tepat mendefinisikan erti  'kesombongan'. Dalam sebuah hadith Baginda bersabda bahwa kesombongan adalah “Menolak kebenaran dan meremehkan kewibawaan orang lain." (Bathr al-Haqq wa Gamth an-Nas)”.

Menolak kebenaran hanya muncul dari orang sombong. Kadarnya boleh jadi kecil atau besar. Banyak contoh disebutkan dalam al-Qur’an. Ayah Nabi Ibrahim tidak mau menerima kebenaran yang dibawa anaknya. Firaun tidak mau menerima kebenaran yang dibawah Nabi Musa, mantan anak asuhnya. Abu Jahal tidak mau menerima kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya. Orang sombong tidak mudah atau sulit menerima kebenaran. Kita kadang-kadang melihat dari mulut siapakah kata-kata itu keluar, barulah kita mahu menerimanya. Hanya apabila disebabkan yang bercakap itu seorang kanak-kanak, maka kita tidak mahu menerimanya meskipun apa yang disampaikan oleh kanak-kanak itu benar...MasyaALLAH..

Meremehkan orang lain bisa disebut juga merasa diri lebih tinggi atau lebih suci atau lebih mulia. Perasaan ini juga hanya muncul dari hati orang sombong. Iblis tidak mahu mengikuti perintah untuk menghormati Nabi Adam lantaran merasa dirinya lebih tinggi. Katanya, “ENGKAU (Tuhan) menciptakanku dari api dan ENGKAU menciptakannya (Adam) dari tanah”. Iblis merasa api lebih mulia dari tanah. Biasanya, seseorang memang lebih mudah melihat aib orang lain daripada memeriksa aib diri sendiri. “Semut di seberang lautan mereka  nampak begitu jelas, sedangkan gajah di pelupuh mata samasekali mereka tidak perasan”, sungguh memalukan... Nauzubillah Minzallik..

Oleh kerana itu, betapapun ALLAH memerintahkan manusia dan orang beriman untuk bertakwa, namun tidak ada seorangpun yang berhak menganggap dirinya sebagai paling bertakwa. ALLAH berfirman, “janganlah kalian merasa suci, sebab hanya ALLAH sahaja yang mengenali orang-orang yang bertakwa”. Makanya, Nabipun menunjukkan dadanya sebagai tempat bersemayamnya takwa. “Takwa itu di sini, takwa itu di sini, takwa itu di sini (at-taqwa ha huna, at-taqwa ha huna, at-taqwa hahuna)”, sabda Rasulullah SAW ketika menjelaskan takwa. Karena takwa tempatnya di hati, siapapun tidak akan dapat menerka isi hati orang lain. Kalau dia merasa hatinya paling suci, kemungkinan besari hati orang lain lebih suci lagi.

Maka yang berhak sombong hanya ALLAH SWT. Dalam al-Qur’an, ALLAH SWT menantang orang-orang yang sombong. Adakah dari mereka yang bisa menembusi bumi dan melebihi tingginya gunung? Makanya ALLAH memerintahkan seseorang untuk tidak berjalan dengan membusungkan dada kerana merasa diri paling hebat, paling gagah atau paling sucii. Seberapapun kekuasaan manusia, tetap saja manusia lemah. Karena kekuasaan, harta atau apapun juga di dunia ini titipan dan berada di bawah kekuasaan mutlak ALLAH. ALLAH bisa mengangkat atau menghinakan seseorang. 'Qarun' yang sombong karena harta ditenggelamkan ke perut bumi. Firaun yang sombong kerana kekuasaannya ditimbul tenggelamkan di Laut Merah ketika bersabung nyawa. MasyaALLAH..

Tidak boleh sombong. Sedikitpun tidak boleh sombong. Tidak ada yang layak disombongkan oleh manusia. Rasulullah SAW menyebut bahwa orang yang memelihara kesombongan meskipun hanya sebesar atom, tidak akan masuk surga. Maka, kuncinya hanya dua: kita harus menerima kebenaran dari apapun dan siapapun datangnya; dan kita harus tidak boleh meremehkan orang lain, apapun kondisinya. Sebab besar kemungkinan orang yang kita remehkan itu, lebih mulia dalam pandangan ALLAH dibandingkan dengan kita yang merasa lebih mulia darinya.

WALLAHUA'LAM...sama-samalah kita muhasabahkan diri kita..
ALLAH LEBIH MENGETAHUI...JADI JANGAN BERSEDIH BILA APA YANG DIHAJATI TIDAK TERCAPAI..



" Aku kini sedar ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku.Jika cita-cita dan hajatku tidak tercapai. Aku tidak lagi mudah kecewa dan dukacita dalam jiwaku. Maksud ALLAH itu murni... aku percaya ALLAH akan menggantikan hajatku dengan sesuatu yang lebih baik atau setidak-tidaknya mengelakkan aku dari bencana yang lebih besar akibat daripada hajatku itu. Jadi jiwaku kini lapang dan damai walaupun tidak mencapai apa yang diharapkan....." Alhamdulillah..

Apabila tidak berjaya memperolehi pekerjaan yang kita idamkan,kita berasa sedih dalam jiwa. Apabila tali pertunanagan/percintaan kita  terputus, kita berasa kecewa. Begitu juga apabila gagal melanjutkan pengajian tinggi, kita berasa dukacita. Beginilah keadaan jiwa yang mudah kecewa, sedih dan dukacita apabila sesuatu yang kita inginkan tidak berjaya dimiliki.....

Kita sedih apabila tidak memperolehi pekerjaan yang kita idamkan kerana pada pendapat kita itulah pekerjaan yang terbaik untuk kita. Begitu jugalah kita kecewa apabila tali pertunangan/percintaan kita putus kerana pada firasat kita dialah pasangan yang paling cocok untuk kita. Namun ALLAH Maha Mengetahui daripada kita dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita mengikut ilmu dan pengetahuannya...ALLAHUAKBAR..

Setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam hidup kita adalah mengikut ketetapan-ketetapan dan qadak qadar ALLAH. Setiap ketetapan ALLAH ke atas kita adalah yang terbaik, tidak kira sama ada peristiwa dan kejadian itu adalah sepertimana yang kita harapkan atau sebaliknya.

Ringkasnya... ALLAH tidak mengabulkan hajat kita itu jika Dia fikir hajat tersebut akan membawa keburukan kepada kita walaupun, mengikut pendapat kita hajat itu akan membawa kebaikan. ALLAH Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Oleh kerana sifat penyayang dan belas kasihan inilah, ALLAH akan memastikan setiap peristiwa dan kejadian yang dilalui oleh kita itu akan membawa kebaikan dan rahmat...InsyaALLAH..

ALLAH SWT mempunyai maksud dan perancanganNya sendiri untuk setiap hambaNya. ALLAH mungkin ingin menganugerahkan sesuatu atau seseorang yang lebih baik untuk kita sebagai ganti kepada sesuatu atau seseorang yang kita asalnya inginkan itu. Misalnya ALLAH mungkin telah menetapkan seseorang sebagai calon tunangan/pasangan baru yang lebih baik untuk kita apabila DIA menetapkan kita gagal dalam pertunangan/percintaan pertama kita.

ALLAH juga mungkin ingin mengelakkan bala dan bencana yang lebih besar menimpa kita akibat daripada terlaksananya hajat asal kita. Misalnya ALLAH mungkin menggagalkan tali percintaan/pertunangan kita yang pertama kerana DIA tahu jika tali percintaan/pertunangan tersebut berlanjutan ke jinjang pelamin, kita mungkin akan menjadi pasangan isteri atau suami yang tidak bahagia dan aman.

ALLAH lebih tahu dan kita tidak tahu apa yang sebenarnya paling sesuai dan cocok untuk kita dalam menentukan keputusan-keputusan hidup ini. Jadi apabila kita telah sedar akan maksud perancangan dan ketetapan ALLAH ke atas kita... itu semuanya akan menbawa kesudahan yang baik. Maka jiwa kita tidak lagi akan bergolak. Kita tidak lagi perlu berasa kecewa, dukacita dan sedih dalam jiwa kita apabila sesuatu yang kita rasa baik untuk kita itu tidak kesampaian..Alhamdulillah..

Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."

Ya ALLAH...begitu indahnya KalamMU...jadikan daku hambuMU yg redha dan sabar dengan suratan dan ketentuan dari MU ini...Amiin..amiin Ya ALLAH..

KHASIAT SURAH YASSIN

ASSALAMUALAIKUM...SOBAHURHAIR YAA MUSLIMIN WA MUSLIMAT...

ALHAMDULILLAH hari ini saya dapat menulis lagi buat tatapan pembaca...seperti yang saya katakan setiap hari pastikan saya juga pembaca sekelian sentiasa dalam keadaan 'HIJRAH'...InsyaALLAH..Jadi pagi ini saya ingin berkongsi dengan pembaca budiman tentang kemanafaatan salah satu surah di dalam AL-QURAN iaitu Surah YASSIN..SUBHANALLAH...Apa lagi..ayuh kita sama-sama menghayatinya...INSYA'ALLAH..

SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA):-
Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak
Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.



Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t.
(harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam
Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.
Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.
Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 – Hancur Tiupan 111 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 – Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?
Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat Ayat 82 – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air
100x) Dan berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton – Elok untuk kulit Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga) Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahualam
AIRMATA ITU PENAWAR DUKA JUGA...JADI MENANGISLAH..

Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati kita begitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dalam bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja. Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis, suka mahupun duka, insan-insan ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang juga. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan-kenangan itu tetap bersemadi dalam hati. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu dalam hati hanya DIA yang tahu. DIA YANG MAHA MENGETAHUI segalanya.


ALLAHUAKBAR..Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yang kadangkala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini. Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam. "Bawalah aku jauh. Jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini. Berilah ruang untuk aku bernafas kembali!! Dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.


Perpisahan dalam bentuk apapun jua selalunya terjadi tanpa sempat diduga oleh akal. Dan pada waktu itu tidaklah sempat untuk menyediakan diri dalam bentuk apa sekalipun. Perpisahan sama ada dengan yang hidup atau yang perginya tidak kembali, tidak dapat tidak, pasti saja menyebabkan kita mengalirkan air mata. Hatta si jejaka hebat sekalipun boleh menitiskan mutiara jernih itu. Hebat sungguh penangan sebuah perpisahan..MASYA'ALLAH.. Puas diseka air mata yang tumpah kala menadah tangan memohon kekuatan dari DIA, namun air mata itu tumpah jua. Penuh khusyuk memohon supaya diizinkan untuk mengusir bayang wajahnya jauh dari kotak fikiran. Bermohon semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hari esok dan lusa dengan penuh rasa bahagia. Bermohon tanpa henti. Bermohon dan bermohon semoga ditemukan sinar di hujung penantian. Namun jalan masih kelam. Walau dikumpul seribu kekuatan, jasad sudah tidak bermaya lagi. Dan pada waktu itu kita sebenarnya sudah 'mati' sebelum mati yang sebenarnya.




YA ALLAH..Peritnya sebuah perpisahan. Namun masih ada juga yang memilih untuk berpisah. Masih ramai yang memilih untuk tidak lagi bersama dia, mereka yang dianggap teman atau saudara sehidup semati. Mengapa jadi kalut begini? Tidak takutkah untuk mengharungi hari-hari mendatang tanpa kehadiran orang-orang yang disayangi?


Ada yang mengatakan.. "Jangan ajukan soalan yang sama kepadaku. Kerana aku manusia yang terlalu lemah hatinya. Selalu tidak mampu menjalani hidup dengan cara terbaik bila hati ditinggalkan sepi. Aku tiada jawapan. Aku lebih suka memilih diam dari menjawab pertanyaan-pertanyaan yang begitu. Pertanyaan yang tidak sepertinya itu hanya menjadikan aku insan yang hilang kata-kata di tengah kekalutan manusia. Hentikan soalan-soalan yang menghimpit begitu. Jangan desak aku memberikan jawapan. Kerana aku tidak mampu menjawabnya secara lisan. Aku nekad. Nekad untuk tidak mahu menjawab persoalan sebegitu"



Seterusnya ada pula yang mengatakan.."Aku jadi lesu melawan perasaan sendiri. Hakikatnya aku tahu yang kadangkala berpisah itu adalah lebih baik dari bersama. Bila sudah tiada keserasian antara akal dan hati pada dua jiwa, maka berpisah adalah jalan yang paling baik. Tapi sungguh. Aku tidak sanggup. Walaupun ia adalah perkara yang boleh difikirkan saat itu. Sekali lagi aku memenangkan kata hati. Aku tolak mentah-mentah apa yang akal cuba katakan. Kerana satu sebab, kerana dalam hati inilah aku letakkan dia. Dalam hati inilah aku letakkan mereka. Dia, mereka, semuanya insan-insan yang disayangi sepenuh jiwa. Lalu aku putuskan saja untuk mengikut apa yang mahu dikatakan oleh hati. Biar berbalah sekalipun. Aku sanggup. Asalkan hati tidak menanggung pedih dan luka berdarah lagi kerana peritnya menanggung perpisahan. Aku sudah tidak sanggup."SUBHANALLAH..


Tapi saya lebih tertarik jika ada yang berpendapat begini.."Aku mahu membenci. Tapi belum pun perasaan itu bermula, aku sudah lelah menanggungnya. Itu yang benar. Lebih mudah memupuk rasa sayang pada seseorang dari mahu membenci. Itu yang aku rasa. Kerana dengan benci hanya akan menjadikan aku manusia yang tidak berperikemanusiaan pada manusia lain. Ia hanya menjadikan aku manusia yang hilang sifat manusianya. Lalu aku putuskan untuk tidak membenci. Sekurangnya, tidak untuk sekali ini. Tidak mahu membenci walau sesiapapun. Biar apapun yang dilakukan oleh orang-orang sekeliling, aku memutuskan untuk tidak membenci mereka ini. Aku tidak mahu dilihat dengan muka yang penuh hasad kerana membenci. Aku juga telah memutuskan itu semua".ALHAMDULILLAH..


Pembaca budiman, sebenarnya untuk membuat sebarang keputusan merupakan perkara yang paling payah dalam hidup. Mudahlah kiranya keputusan yang dibuat tidak melibatkan hati sesiapa. "Biar aku saja yang terluka. Biar aku saja yang menangis. Biar aku saja yang menyesal. Tidak sekali-kali aku mahu melibatkan orang-orang lain yang terpenting dalam hidup." Malangnya tidak semua keputusan itu melibatkan diri kita sendiri saja. Sebaliknya lebih banyak keputusan dalam hidup yang bakal melibatkan banyak orang. Pasti banyak hati yang kecewa. Kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa, maka kita pun memutuskan untuk menanggungnya sendiri. Kita tega mengambil keputusan sebegini. Bukan kerana tidak kasihan pada hati, tapi sekurangnya kita tidak mahu ada banyak lagi hati yang terluka. Perit sudah pasti. Biarlah. Biarkan saja semua yang ada dalam hati menjadi nanah hingga ke satu hari kita dijemput bertemu DIA yang abadi.


Pernahkah pembaca memikirkan bahawa betapa mudahnya menjadi anak-anak kecil. Tiada apa yang perlu difikirkan. Segalanya diuruskan. Pun begitu, sudah lumrah kehidupan  setiap dari kita menjadi dewasa juga. Menjadi dewasa dengan cara dan keadaan yang tersendiri. Kadangkala kita tidaklah memilih untuk menjadi siapa kita hari ini. Dan siapapun kita hari ini usahlah takdir yang harus dipersalahkan. Kita membentuk masa depan dengan doa dan harapan. Dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan, kita masih belum lagi jauh tersesat. Sebaliknya selagi kita bernyawa, DIA sedang memberi peluang untuk kita memperbetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan. Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita manusia yang cacat pemikirannya. Sebaliknya, dengan kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan, boleh menjadikan kita manusia yang lebih tahu menghargai hidup dalam erti hidup yang sebenar. Belajarlah bersyukur untuk setiap musibah yang menimpa. Atas rasa yakin dan percaya itulah, kita pasti dapat merasakan yang kehadiran 'si dia' lewat musim itu ada hikmahnya. Dan dia merupakan antara cerita terindah sepanjang kedewasaan ini...ALHAMDULILLAH..



Moral dari tulisan saya di atas menyarankan agar diri saya juga pembaca sekelian untuk terus berHIJRAH..dari negatf kepada hal-hal yang positif. Barang lepas boleh dikenang tetapi lebih kepada menjadikannya Iktibar dan kenangan yang bisa memantapkan kehidupan kita sekarang..Perlu ingat ..segala Qada dan Qadar ALLAH SWT adalah rahsia DIA dan pasti menyimpan seribu hikmah yang hambaNYA sendiri tidak tahu..WALLAHU'ALAM..
  • 99 names of Allah

    Burung

    Mengenal Sejarah Al-Quran

    Mengenal  Sejarah Al-Quran
    Ingin Mengetahui Sejarah Al-Quran? Sila Klik pada gambar

    Saudara Kita Di Bumi Pelestina

    Gaza Carnage Counter



    Wali Band - Ya Allah

    Postingan Terdahulu

    get this widget here

    Blog Archive

    Total Pageviews

    Popular Posts

  • Powered By Blogger



    Masa Itu Emas


    ShoutMix chat widget

    Pengunjung

    Followers