ALLAH LEBIH MENGETAHUI...JADI JANGAN BERSEDIH BILA APA YANG DIHAJATI TIDAK TERCAPAI..



" Aku kini sedar ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku.Jika cita-cita dan hajatku tidak tercapai. Aku tidak lagi mudah kecewa dan dukacita dalam jiwaku. Maksud ALLAH itu murni... aku percaya ALLAH akan menggantikan hajatku dengan sesuatu yang lebih baik atau setidak-tidaknya mengelakkan aku dari bencana yang lebih besar akibat daripada hajatku itu. Jadi jiwaku kini lapang dan damai walaupun tidak mencapai apa yang diharapkan....." Alhamdulillah..

Apabila tidak berjaya memperolehi pekerjaan yang kita idamkan,kita berasa sedih dalam jiwa. Apabila tali pertunanagan/percintaan kita  terputus, kita berasa kecewa. Begitu juga apabila gagal melanjutkan pengajian tinggi, kita berasa dukacita. Beginilah keadaan jiwa yang mudah kecewa, sedih dan dukacita apabila sesuatu yang kita inginkan tidak berjaya dimiliki.....

Kita sedih apabila tidak memperolehi pekerjaan yang kita idamkan kerana pada pendapat kita itulah pekerjaan yang terbaik untuk kita. Begitu jugalah kita kecewa apabila tali pertunangan/percintaan kita putus kerana pada firasat kita dialah pasangan yang paling cocok untuk kita. Namun ALLAH Maha Mengetahui daripada kita dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita mengikut ilmu dan pengetahuannya...ALLAHUAKBAR..

Setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam hidup kita adalah mengikut ketetapan-ketetapan dan qadak qadar ALLAH. Setiap ketetapan ALLAH ke atas kita adalah yang terbaik, tidak kira sama ada peristiwa dan kejadian itu adalah sepertimana yang kita harapkan atau sebaliknya.

Ringkasnya... ALLAH tidak mengabulkan hajat kita itu jika Dia fikir hajat tersebut akan membawa keburukan kepada kita walaupun, mengikut pendapat kita hajat itu akan membawa kebaikan. ALLAH Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Oleh kerana sifat penyayang dan belas kasihan inilah, ALLAH akan memastikan setiap peristiwa dan kejadian yang dilalui oleh kita itu akan membawa kebaikan dan rahmat...InsyaALLAH..

ALLAH SWT mempunyai maksud dan perancanganNya sendiri untuk setiap hambaNya. ALLAH mungkin ingin menganugerahkan sesuatu atau seseorang yang lebih baik untuk kita sebagai ganti kepada sesuatu atau seseorang yang kita asalnya inginkan itu. Misalnya ALLAH mungkin telah menetapkan seseorang sebagai calon tunangan/pasangan baru yang lebih baik untuk kita apabila DIA menetapkan kita gagal dalam pertunangan/percintaan pertama kita.

ALLAH juga mungkin ingin mengelakkan bala dan bencana yang lebih besar menimpa kita akibat daripada terlaksananya hajat asal kita. Misalnya ALLAH mungkin menggagalkan tali percintaan/pertunangan kita yang pertama kerana DIA tahu jika tali percintaan/pertunangan tersebut berlanjutan ke jinjang pelamin, kita mungkin akan menjadi pasangan isteri atau suami yang tidak bahagia dan aman.

ALLAH lebih tahu dan kita tidak tahu apa yang sebenarnya paling sesuai dan cocok untuk kita dalam menentukan keputusan-keputusan hidup ini. Jadi apabila kita telah sedar akan maksud perancangan dan ketetapan ALLAH ke atas kita... itu semuanya akan menbawa kesudahan yang baik. Maka jiwa kita tidak lagi akan bergolak. Kita tidak lagi perlu berasa kecewa, dukacita dan sedih dalam jiwa kita apabila sesuatu yang kita rasa baik untuk kita itu tidak kesampaian..Alhamdulillah..

Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."

Ya ALLAH...begitu indahnya KalamMU...jadikan daku hambuMU yg redha dan sabar dengan suratan dan ketentuan dari MU ini...Amiin..amiin Ya ALLAH..

  • 99 names of Allah

    Burung

    Mengenal Sejarah Al-Quran

    Mengenal  Sejarah Al-Quran
    Ingin Mengetahui Sejarah Al-Quran? Sila Klik pada gambar

    Saudara Kita Di Bumi Pelestina

    Gaza Carnage Counter



    Wali Band - Ya Allah

    Postingan Terdahulu

    get this widget here

    Blog Archive

    Total Pageviews

    Popular Posts

  • Powered By Blogger



    Masa Itu Emas


    ShoutMix chat widget

    Pengunjung

    Followers