AIRMATA ITU PENAWAR DUKA JUGA...JADI MENANGISLAH..

Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati kita begitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dalam bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja. Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis, suka mahupun duka, insan-insan ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang juga. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan-kenangan itu tetap bersemadi dalam hati. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu dalam hati hanya DIA yang tahu. DIA YANG MAHA MENGETAHUI segalanya.


ALLAHUAKBAR..Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yang kadangkala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini. Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam. "Bawalah aku jauh. Jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini. Berilah ruang untuk aku bernafas kembali!! Dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.


Perpisahan dalam bentuk apapun jua selalunya terjadi tanpa sempat diduga oleh akal. Dan pada waktu itu tidaklah sempat untuk menyediakan diri dalam bentuk apa sekalipun. Perpisahan sama ada dengan yang hidup atau yang perginya tidak kembali, tidak dapat tidak, pasti saja menyebabkan kita mengalirkan air mata. Hatta si jejaka hebat sekalipun boleh menitiskan mutiara jernih itu. Hebat sungguh penangan sebuah perpisahan..MASYA'ALLAH.. Puas diseka air mata yang tumpah kala menadah tangan memohon kekuatan dari DIA, namun air mata itu tumpah jua. Penuh khusyuk memohon supaya diizinkan untuk mengusir bayang wajahnya jauh dari kotak fikiran. Bermohon semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hari esok dan lusa dengan penuh rasa bahagia. Bermohon tanpa henti. Bermohon dan bermohon semoga ditemukan sinar di hujung penantian. Namun jalan masih kelam. Walau dikumpul seribu kekuatan, jasad sudah tidak bermaya lagi. Dan pada waktu itu kita sebenarnya sudah 'mati' sebelum mati yang sebenarnya.




YA ALLAH..Peritnya sebuah perpisahan. Namun masih ada juga yang memilih untuk berpisah. Masih ramai yang memilih untuk tidak lagi bersama dia, mereka yang dianggap teman atau saudara sehidup semati. Mengapa jadi kalut begini? Tidak takutkah untuk mengharungi hari-hari mendatang tanpa kehadiran orang-orang yang disayangi?


Ada yang mengatakan.. "Jangan ajukan soalan yang sama kepadaku. Kerana aku manusia yang terlalu lemah hatinya. Selalu tidak mampu menjalani hidup dengan cara terbaik bila hati ditinggalkan sepi. Aku tiada jawapan. Aku lebih suka memilih diam dari menjawab pertanyaan-pertanyaan yang begitu. Pertanyaan yang tidak sepertinya itu hanya menjadikan aku insan yang hilang kata-kata di tengah kekalutan manusia. Hentikan soalan-soalan yang menghimpit begitu. Jangan desak aku memberikan jawapan. Kerana aku tidak mampu menjawabnya secara lisan. Aku nekad. Nekad untuk tidak mahu menjawab persoalan sebegitu"



Seterusnya ada pula yang mengatakan.."Aku jadi lesu melawan perasaan sendiri. Hakikatnya aku tahu yang kadangkala berpisah itu adalah lebih baik dari bersama. Bila sudah tiada keserasian antara akal dan hati pada dua jiwa, maka berpisah adalah jalan yang paling baik. Tapi sungguh. Aku tidak sanggup. Walaupun ia adalah perkara yang boleh difikirkan saat itu. Sekali lagi aku memenangkan kata hati. Aku tolak mentah-mentah apa yang akal cuba katakan. Kerana satu sebab, kerana dalam hati inilah aku letakkan dia. Dalam hati inilah aku letakkan mereka. Dia, mereka, semuanya insan-insan yang disayangi sepenuh jiwa. Lalu aku putuskan saja untuk mengikut apa yang mahu dikatakan oleh hati. Biar berbalah sekalipun. Aku sanggup. Asalkan hati tidak menanggung pedih dan luka berdarah lagi kerana peritnya menanggung perpisahan. Aku sudah tidak sanggup."SUBHANALLAH..


Tapi saya lebih tertarik jika ada yang berpendapat begini.."Aku mahu membenci. Tapi belum pun perasaan itu bermula, aku sudah lelah menanggungnya. Itu yang benar. Lebih mudah memupuk rasa sayang pada seseorang dari mahu membenci. Itu yang aku rasa. Kerana dengan benci hanya akan menjadikan aku manusia yang tidak berperikemanusiaan pada manusia lain. Ia hanya menjadikan aku manusia yang hilang sifat manusianya. Lalu aku putuskan untuk tidak membenci. Sekurangnya, tidak untuk sekali ini. Tidak mahu membenci walau sesiapapun. Biar apapun yang dilakukan oleh orang-orang sekeliling, aku memutuskan untuk tidak membenci mereka ini. Aku tidak mahu dilihat dengan muka yang penuh hasad kerana membenci. Aku juga telah memutuskan itu semua".ALHAMDULILLAH..


Pembaca budiman, sebenarnya untuk membuat sebarang keputusan merupakan perkara yang paling payah dalam hidup. Mudahlah kiranya keputusan yang dibuat tidak melibatkan hati sesiapa. "Biar aku saja yang terluka. Biar aku saja yang menangis. Biar aku saja yang menyesal. Tidak sekali-kali aku mahu melibatkan orang-orang lain yang terpenting dalam hidup." Malangnya tidak semua keputusan itu melibatkan diri kita sendiri saja. Sebaliknya lebih banyak keputusan dalam hidup yang bakal melibatkan banyak orang. Pasti banyak hati yang kecewa. Kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa, maka kita pun memutuskan untuk menanggungnya sendiri. Kita tega mengambil keputusan sebegini. Bukan kerana tidak kasihan pada hati, tapi sekurangnya kita tidak mahu ada banyak lagi hati yang terluka. Perit sudah pasti. Biarlah. Biarkan saja semua yang ada dalam hati menjadi nanah hingga ke satu hari kita dijemput bertemu DIA yang abadi.


Pernahkah pembaca memikirkan bahawa betapa mudahnya menjadi anak-anak kecil. Tiada apa yang perlu difikirkan. Segalanya diuruskan. Pun begitu, sudah lumrah kehidupan  setiap dari kita menjadi dewasa juga. Menjadi dewasa dengan cara dan keadaan yang tersendiri. Kadangkala kita tidaklah memilih untuk menjadi siapa kita hari ini. Dan siapapun kita hari ini usahlah takdir yang harus dipersalahkan. Kita membentuk masa depan dengan doa dan harapan. Dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan, kita masih belum lagi jauh tersesat. Sebaliknya selagi kita bernyawa, DIA sedang memberi peluang untuk kita memperbetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan. Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita manusia yang cacat pemikirannya. Sebaliknya, dengan kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan, boleh menjadikan kita manusia yang lebih tahu menghargai hidup dalam erti hidup yang sebenar. Belajarlah bersyukur untuk setiap musibah yang menimpa. Atas rasa yakin dan percaya itulah, kita pasti dapat merasakan yang kehadiran 'si dia' lewat musim itu ada hikmahnya. Dan dia merupakan antara cerita terindah sepanjang kedewasaan ini...ALHAMDULILLAH..



Moral dari tulisan saya di atas menyarankan agar diri saya juga pembaca sekelian untuk terus berHIJRAH..dari negatf kepada hal-hal yang positif. Barang lepas boleh dikenang tetapi lebih kepada menjadikannya Iktibar dan kenangan yang bisa memantapkan kehidupan kita sekarang..Perlu ingat ..segala Qada dan Qadar ALLAH SWT adalah rahsia DIA dan pasti menyimpan seribu hikmah yang hambaNYA sendiri tidak tahu..WALLAHU'ALAM..
0 Responses

Post a Comment

  • 99 names of Allah

    Burung

    Mengenal Sejarah Al-Quran

    Mengenal  Sejarah Al-Quran
    Ingin Mengetahui Sejarah Al-Quran? Sila Klik pada gambar

    Saudara Kita Di Bumi Pelestina

    Gaza Carnage Counter



    Wali Band - Ya Allah

    Postingan Terdahulu

    get this widget here

    Blog Archive

    Total Pageviews

    Popular Posts

  • Powered By Blogger



    Masa Itu Emas


    ShoutMix chat widget

    Pengunjung

    Followers