BAHAGIAKAN ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU...









Assalamualaikum wbt...


Sebelum saya pergi lebih jauh lagi membicarakan topik pada kali ini..saya ingin panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar pembaca budiman sentiasa di rahmati ALLAH SWT dan sentiasa di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amiin..amiin Ya ALLAH..


'HIJRAH' saya pada kali ini adalah tentang membahagiakan orang lain terlebih dahulu sebelum membahagiakan diri kita sendiri...Pelik kan bunyinya? Mungkin sesetengah orang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini..Mereka mesti berfikir..'nak buat apa aku sibuk-sibuk fikirkan hati dan perasaan orang lain...lebih baik aku pentingkan diri aku sendiri..' ckckck..betul tak inilah kata-kata yang keluar dari mulut ataupun yang terbit dari hati insan-insan yang sombong dan bongkak kita??? Nauzubillah Minzalik..


Saya berkata bukanlah semestinya kita berkorban 'seratus peratus' demi orang lain sehingga membiarkan diri kita sendiri terbengkalai dan 'tidak bernyawa'...bukan...Maksud saya adalah sebagai manusia kita hendaklah mempunyai ciri-ciri sifat kemanusiaan di dalam hati kita..kena peka dengan kesusahan orang lain di sekeliling kita..kena ada rasa tanggungjawab kepada orang sekitar kita...dan kena ada sifat kasih sayang dan tolong menolong di antara satu sama lain walau di mana kita berada...haa..itu maksud saya...


Pembaca budiman..sebenarnya bila kita berkorban untuk orang lain tanpa memikirkan kekurangan yang sedia ada pada kita...kita disayangi oleh ALLAH SWT...Percayalah bahawa ALLAH akan menggantikan semula atas apa yang telah kita peruntukkan kepada orang lain malah kemungkinan besar kita akan mendapat imbal balas yang berlipat kali ganda pula..InsyaALLAH..


Baiklah..sekarang saya nak bercerita pasal 'cinta' pula....Perlu ingat kepada missi kita.....Bahagiakan orang lain untuk kita bahagiakan diri sendiri... hmmm..Alhamdulillah..kuatkan semangat kita untuk terus berhijrah ke arah ini yer....jangan patah balik lagi....Insya ALLAH....Ok saya terus menulis yer..dan terima kasih kerana anda sudi untuk terus membaca..


Baiklah...apa kata..sebelum kita menerima cinta, kita kena berikan cinta ..terlebih dahulu kepada orang lain. Bila mereka menikmati cinta yang kita beri, sebagai balasan mereka akan memberikan cinta mereka pula kepada kita. Akhirnya, kita yang memberi cinta pada awal tadi sekarang ini sudah menerima cinta...dapat tak maksud tersirat saya ini..???
Proses ini berlaku mengikut hukum sebab dan akibat. Kerana kita perlu ingat....Setiap perbuatan kita mendatangkan kesan tersendiri.  Apa kata pula....Usahlah terlalu fokus pada diri kita, sebaliknya fokus pada insan lain. Dalam menjalani perhubungan cinta, kita tidak boleh terlalu pentingkan hati kita, perasaan kita, diri kita.
Tak perlu terlalu harap pasangan kita tu akan ambil berat selalu pasal diri kita. Apabila kita ambil berat dirinya, secara tak langsung dia akan buat hal yang sama.
Bahagiakan orang lain dulu, kita akan turut bahagia dibuatnya.


YA ALLAH ..bahagiakan diriku..suamiku dan anak-anakku setelah aku membahagiakan orang lain...Kau limpahkanlah kurniamu kepada hamba-hambaMU yang KAU kehendaki..Sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui...Amiin..Amiin Ya ALLAH..





0 Responses

Post a Comment

  • 99 names of Allah

    Burung

    Mengenal Sejarah Al-Quran

    Mengenal  Sejarah Al-Quran
    Ingin Mengetahui Sejarah Al-Quran? Sila Klik pada gambar

    Saudara Kita Di Bumi Pelestina

    Gaza Carnage Counter



    Wali Band - Ya Allah

    Postingan Terdahulu

    get this widget here

    Blog Archive

    Total Pageviews

    Popular Posts

  • Powered By Blogger



    Masa Itu Emas


    ShoutMix chat widget

    Pengunjung

    Followers